Wednesday, August 8, 2012

Tempat Mustajab Doa Di Madinah Dan Mekah

Artikel saya petik dari blog Ustaz Saad Hamid. Cukup berguna bagi para jemaah yang ingin mendapat panduan Umrah dan Haji. Blog ustaz boleh dilayari di http://msaadhamid.blogspot.com/


Semasa di Masjidil Nabawi, sudah semestinya para jemaah akan berebut-rebut untuk mendapatkan ruang solat / berdoa di tempat-tempat yang mustajab untuk berdoa, terutamanya di Raudhah.  Rasa tidak puas sekiranya tidak dapat solat atau berdoa di Raudhah. Sebab Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Antara rumahku dan mimbarku adalah termasuk taman syurga dan mimbarku berada di atas telagaku" - Hadis riwayat Abu Hurairah ra. Berada di Raudhah bererti berada di taman syurga. Solat di Raudah bererti solat di taman syurga. Jesteru itu, Raudhah adalah salah satu tempat mustajab untuk berdoa. Maka deng:an itu jemaah berpusu-pusu berebut untuk mendapatkan ruang solat di Raudhah.  Di dalam Raudhah sendiri, terdapat beberapa lagi tempat yang dikenal pasti lebih afdal untuk berdoa iaitu:

1. Di mehrab Rasulullah s.a.w


Mehrab Nabi dan Di Sebelah Kanan Ialah Mimbar Nabi:
Gambar dari Internet utk view yang lebih luas.
2.       

      Suasana Berhampiran Raudhah Sebelum Solat Subuh 12/05/2010 jam 4:29 am 
      Raudhah Berada Di Sebelah Kiri Gambar Ini. 
      Yang Kelihatan Mimbar Usmani bukan Mimbar Rasul. 
      Perhatikan, Tiang-Tiang Tidak Berwarna Putih -- Bukan Kawasan Raudhah

Inilah Kawasan Raudhah: Perhatikan Tiang-Tiangnya Bewarna Putih.
Gambar Diambil Pada 11/5/2010 jam 4:45pm - 2 jam sebelum Maghrib.

      2. Di tiang aisyah
.
     Rasulullah s.a.w. bersabda: "Di dalam masjidku terdapat satu tiang jikalau manusia tahu kelebihannya nescaya mereka akan mengadakan undian untuk solat di situ." Setelah Rasulullah s.a.w. wafat, para sahabat bertanyakan mengenai tiang tersebut kepada A'aisyah r.ah, tetapi A'aisyah r.ah enggan memberitahu kedudukan tiang tersebut. Namun setelah para sahabat pergi, kelihatan A'aisyah membisikkan sesuatu kepada anak saudaranya iaitu Urwah Ibnu Zubair. Setelah itu Ibnu Zubair sering melakukan solat di salah satu tiang di Raudah tersebut. Akhirnya tiang itu dikenali sebagai tiang A'aisyah.  Sekarang ini pada tiang itu tertulis Usthuwanah Aisyah.

Tiang A'aisyah
Gambar Diambil Pada 11/05/2010 jam 4:45 pm Iaitu Selepas Solat Asar


       3. Di tiang taubat 


           
      Iaitu tiang tempat sahabat, Abu Lubabah al-Anshari mengikat dirinya untuk beberapa lama dan berkata, Demi Allah saya tidak akan melepaskan ikatan ini hingga Allah mengampuniku dan Rasulullah s.a.w. melepaskanku." Ketika Allah menurunkan ayat pengampunannya, baginda Rasul sedang berada di rumah isterinya, Ummu Salamah ra. Ummu Salamah berkata, "Aku telah mendengar Rasulullah saw tertawa di waktu dini hari, maka aku bertanya, "Apa yang membuat baginda tertawa dan semoga Allah senantiasa membuatmu tertawa gembira?" Rasulullah menjawab, "Abu Lubabah telah diampuni." Kemudian Ummu Salamah berkata lagi, "Bolehkah aku memberikan kabar gembira ini kepadanya wahai Rasulullah?" Rasulullah menjawab, "Boleh jika kamu menghendaki." Setelah itu Ummu salamah berdiri di pintu kamarnya --ayat hijab belum diturunkan--, kemudian berkata, "Wahai Abu Lubabah aku membawa berita gembira buatmu, Allah telah mengampunimu." Setelah orang-orang tahu tentang pengampunan itu mereka saling berlomba untuk melepaskannya, tetapi dia berkata, "Jangan, demi Allah! Biar Rasulullah sendiri yang melepaskanku. 

   Ketika Rasulullah melewatinya seusai salat Subuh, beliau melepaskannya dari ikatannya. Dari sini dinamakanlah tiang itu dengan tiang Taubat. 

    Rasulullah selalu menunaikan salat-salat sunatnya di tiang ini, selalu datang ke situ setelah salat Subuh, juga iktikaf sambil bersandar kepadanya.

    4. Di mimbar rasulullah saw

      Mimbar Nabi merupakan sempadan Raudhah. Sempadan tersebut ditandai oleh tiang bewarna putih dan juga karpet yang berwarna putih kehijau-hijauan. Di belakang mimbar ini terletak pangkin yang digunakan oleh mu'azzin untuk melaaungkan azan.




Perhatikan Warna Karpet dan Juga Warna Tiang 
Yang Menjadi Sempadan Kawasan Raudhah


Mua'zzin Sedang Melaungkan Azan Subuh 
Pada 12/05/2010 Jam 4:12am

     5.  Kesemua kawasan raudah



6.  6. Di Pangkin ahli-ahli suffah yang banyak meriwayatkan hadis daripada Nabi saw spt Abu Hurairah r.a., Abu Zarrin al-Ghafiri, dll.


Menunggu Masuk Waktu Maghrib Di Pangkin Ahli Suffah
Gambar Diambil Pada 12/05/2010 Jam 6:24pm


Juadah Untuk Berbuka Puasa Di Pangkin Ahli Suffah

Pangkin Ahli Suffah: Gambar Dari Internet

Usahakanlah agar kita dapat berada ditempat-tempat tersebut untuk melakukan solat-solat sunat spt solat taubat, solat tahajjud, solat hajat, berdoa, membaca al-Quran, berzikir, berselawat, beristighfar dan sebagainya.

Antara tempat-tempat yang mustajab untuk berdoa di Masjidil Haram ialah:

1. Di Multazam iaitu suatu kawasan antara Hajar Aswad dengan pintu kaabah seperti yang ditunjukkan oleh anak panah dalam gambar di bawah (di tempat polis berdiri).


Masa yang mustajab untuk berdoa ialah setelah pertengahan malam hingga azan Subuh. Di Masjidil Haram azan dikumandangkan sebanyak dua kali. Kali pertama untuk membangunkan penduduk untuk solat malam. Azan kali kedua ialah menandakan masuk waktu subuh. Maka rebutlah peluang untuk berdoa di Multazam pada saat ini. Apakah doa yang paling baik untuk dipohon di sini? Kata Tok Guru saya, pohonlah kepada Allah perlindungan daripada api neraka. 

Cara berdoa: Letakkan kedua-dua tapak tangan, pipi kanan, dan dada kiri ke dinding kaabah. Kemudian berdoa.

2. Di belakang Maqam Ibrahim. Waktu mustajab ialah antara azan Subuh dengan solat Subuh. Di sini disarankan kita berdoa untuk mendapat kebahagian keluarga dan untuk kesembuhan penyakit.



3.  Di Belakang Telaga Zam-Zam iaitu kira-kira 7.5 meter kekiri dari 8 saf di belakang maqam Ibrahim. Sehingga pertengahan tahun 90an para jemaah boleh memasuki kawasan telaga zam-zam ini dengan menuruni tangga yang berasingan untuk lelaki dan wanita.  Sekarang ini pintu masuk ke kawasan telaga zam-zam telah ditutup untuk meluaskan lagi ruang tawaf / solat.  Namun kawasan telaga sekarang ini ditandai dengan sekeping marmar 4 segi selebar 1/2 meter dan berbingkai besi bewarna timah.


Masa berdoa di sini ialah pada bila-bila masa sahaja. Usahakan berdoa di sini pada waktu jemaah kurang sesak (agak lapang) iaitu di sekitar jam 10.00 pagi atau 2.00 petang. Di sini disarankan kita berdoa agar Allah s.w.t. melimpahkan ilmu kepada kita. Agar kita mudah menerima ilmu yang bermanfaat. Adalah sangat elok jika sebelum berdoa kita minum air zam-zam dan selepas itu berdoa seperti yang dilakukan oleh Ibnu Abbas.

Daripada 'Ikramah meriwayatkan, bahawa adalah lbnu Abbas Radhiallahu Anhuma apabila minum air Zamzam beliau berdoa (ertinya) : "Ya Allah ya Tuhanku! Aku bermohon kepadaMu supaya dikurniakan ilmu yang memberi manfaat, rezeki yang luas dan kesembuhan daripada segala penyakit." (Diriwayatkan oleh ad-Dara Qutni dan lbnu Majah). 

4.  Di Hijir Ismail dan di bawah pancuran emas. Waktu mustajab berdoa ialah di antara selepas Asar dan azan Maghrib. Di sini elok berdoa untuk mendapat kemurahan rezeki di samping kita bersifat qonaah iaitu rasa cukup ke atas rezeki yang Allah kurniakan. Juga di sini sangat elok berdoa untuk mendapat zuriat.


5.  2 meter sebelum rukun Yamani – bertentangan dengan multazam dipanggil Mustajaru ajair. Di sini juga mustajab untuk berdoa. Di sini kita boleh berdoa pada bila-bila masa. Antara doa yang baik di sini ialah agar orang yang berhutang kepada kita membayar hutang.

Kaedah berdoa di sini ialah dengan meletakkan tapak tangan kanan di dinding kaabah dan berdoa.


 6. Di Rukun Yamani sebab dikatakan di sini Allah s.w.t. mewakilkan seramai 70 orang malaikat untuk mengaminkan apa yang kita doa.  Jadi arah rukun Yamani adalah antara tempat yang paling mulia di Masjidil Haram.

7.  Di hadapan pintu kaabah pada bila-bila masa.

8.  Tempat sujud Jibrail dan Nabi s.a.w. ketika Jibril mengajar Nabi solat lima waktu. Satu meter ke kanan dari pintu kaabah. Tempat ini ditandai dengan ceramik bewarna coklat pada syazarwan sebanyak 7 keping.

Ceramik Warna Coklat Di Syazarwan
Tempat Jibrail Mengajar Nabi SAW Solat Selepas Peristiwa Isra' dan Mi'raj
- Wallahuaklam
9. Tempat asal makam Irahim (melekat ke dinding kaabah)- 3 meter dari  tempat sujud Jibril, ditandai dengan marmar bewarna cream di syazarwan. Di atas marmar tersebut terdapat tulisan ayat kursi versi tulisan arab lama (tidak ada titik).

1 comment:

  1. Minta izin copy ye.... untuk pembacaan sendiri dan syer dgn kawan2 sekumpulan yg berhajat menunaikan umrah tidak lama lagi dgn izinNya...
    Terima kasih....

    ReplyDelete